Menu 7bulan yang mudah dan senang 😘
- singgang ikan
- sup daging
- ayam paprik
- noodles with pumpkin
- pasta bolognese
- salmon grill with veggies
- sup singo pear (sesuai untuk baby tak sihat)
- bubur mcDonald's
Terima kasih kpd ibu2 yang share resepi dalam group nie 😍
#7month
#mealforsyazwina
Kredit: Wany Syazwany Via Happy baby foods malaysia
同時也有7部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,MENANGI GIVEAWAY PRODUK DARI RASAKU DENGAN 3 LANGKAH MUDAH ? Langkah 1: Beli Produk Rasaku bernilai RM10 Link Shopee » https://shopee.com.my/rasaku...
「resepi ayam paprik」的推薦目錄:
- 關於resepi ayam paprik 在 9bulan10hari Facebook 的最佳解答
- 關於resepi ayam paprik 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
- 關於resepi ayam paprik 在 Facebook 的最佳解答
- 關於resepi ayam paprik 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
- 關於resepi ayam paprik 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳貼文
- 關於resepi ayam paprik 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
- 關於resepi ayam paprik 在 RASA resepi - Resepi Ayam Paprik Azie Kitchen Sedap... 的評價
- 關於resepi ayam paprik 在 Resepi Paprik Ayam Mudah Dan Sedap (VIDEO) - Pinterest 的評價
resepi ayam paprik 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
Selalunya isi ayam korang masak apa lg selain paprik? Ni salah satu menu yg saya suka buat kalau banyak isi ayam dalam peti 😅
Ayam goreng lada hitam namanya. Ala2 korean chicken la ni tp sy hack sikit resepinya jd versi melayu 🤣🤣🤣
#edit
Resepi:
1) Bawang merah dua biji
2) Bawang putih 3 ulas
3) Isi ayam
4) Serbuk lada hitam (lada hitam biji2 tu sangai tanpa minyak , lepastu blend kasar. Stok lada blend ni mmg sentiasa sy buat sbb kadang2 teringin nak makan lauk org dlm pantang 😆Nak guna sos lada hitam pun buleh tp rasa dia x kick sgt 🤭)
5) tepung jagung sesudu besar, bancuh dgn air suam. Agak2 je.
6) tepung bestari untuk celup ayam
7) sos tiram (agak2)
8)kicap pekat manis (agak2)
Cara2:
Potong dadu isi ayam, gaulkan dgn garam skit. Lepas tu celup tepung bestari. Goreng dgn minyak banyak, agak2 garing toskan, letak tepi.
Guna minyak yg baru, tumiskan bawang putih & merah, naik bau masukkan serbuk lada hitam yg blend tadi, gaul2 dan masukkan air satu cawan kecil. kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat manis untuk balancekan rasa, dan tepung jagung yg dah dibancuhkan dgn air td. Kacau2 letak garam skit, last masukkan ayam yg dh goreng td. Gaul2 sikit lepastu tutup api. Taburkan daun bawang siapp ! Makan dengan nasi panas2 fuhhh ! Merecik peluh gaisss 😂😂😂
Credit : Fey Leeya
resepi ayam paprik 在 Facebook 的最佳解答
Teringin masak masakan ala thai untuk makan tengahari ini? Jom kita belajar memasak resepi Paprik Ayam style Fendi!
Bahan-bahan yang diperlukan:
½ Bawang Holland
2 Inci Halia
⅓ Lobak Merah
6 Potongan Bunga Kobis
Potongan Kacang Panjang
1 Batang Cili Merah
3 Batang Cili Padi
4 Helai Daun Limau
Potongan Isi Ayam
½ Sudu Pes Cili
2 Sudu Sos Tomato
2 Sudu Sos Tiram
Kicap Lemak Manis
Garam
Gula
CARA-CARA MEMASAK
1. Letakkan 4 sudu minyak masak dan tunggu sehingga ia panas
2. Masukkan potongan ayam ke dalam kuali. Pastikan ayam dimasak separuh atau ¾ masak sahaja. Proses ini hanya untuk mengeluarkan jus-jus yang berada di dalam ayam tersebut untuk menambahkan rasa lagi paprik ini
3. Masukkan bawang-bawang holland dan gaul sebati dengan ayam tersebut
4. Masukkan ½ Sudu Pes Cili dan 2 Sudu Sos Tomato
5. Seterusnya masukkan lobak merah yang telah dihiris
6. Masukkan 2 sudu Sos Tiram dan kicap manis secukup rasa
7. Masukkan bunga kobis, dan halia dan gaulkan
8. Masukkan sedikit air untuk menambahkan kuah paprik
9. Masukkan cili merah, cili padi dan daun limau
10. Masukkan garam dan gula secukup rasa
11. Akhir sekali, letakkan kacang panjang dan gaulkan sehingga siap untuk dihidang
Selamat mencuba!
resepi ayam paprik 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
MENANGI GIVEAWAY PRODUK DARI RASAKU DENGAN 3 LANGKAH MUDAH
? Langkah 1: Beli Produk Rasaku bernilai RM10
Link Shopee » https://shopee.com.my/rasakumarketingproducts
? Langkah 2: Screenshot atau ambil gambar resit sebagai bukti pembelian
? Langkah 3: Like dan DM Resit Pembelian ke Facebook Rasaku
Link Facebook » https://www.facebook.com/rasaku.my
10 orang pemenang bertuah akan dipilih dalam setiap episod.
Kembali lagi dalam episod terbaru Resepi Tok Di Dapur Fendi, yang dibawakan oleh Rasaku, Rasa Yang Ku Rindu. Dalam episod lepas, Fendi dah pun tunjuk cara-cara membuat Tomyam Masak Lemak, Paprik Ayam dan juga Kerabu Taugeh dengan Kerang. Tak lengkap lah hidangan makan malam kita kalau tak ada pencuci mulut . Haaa jom tengok macam mana cara mudah buat Cendol dan Sagu Gula Melaka.
Bahan dan cara penyediaan gula melaka:-
Sedikit air
3 helai daun pandan
4 blok gula melaka
3 sudu gula merah
Panaskan periuk bersama sedikit air. Masukkan daun pandan, gula melaka dan gula merah. Kacau sehingga semua sebati bahan sebati. Biar gula melaka sejuk dalam suhu bilik.
Bahan dan cara penyediaan santan berlemak:-
Sedikit air
3 helai daun pandan
1 kotak kecil santan pekat Rasaku
Panaskan periuk bersama sedikit air. Masukkan daun pandan dan santan pekat Rasaku. Tambahkan sedikit garam untuk rasa yang lebih berlemak.
Bahan dan cara penyediaan Sagu Gula Melaka:-
1 mangkuk sagu
1 camca pewarna merah
4 sudu gula putih
Gula merah (dimasak)
Santan (dimasak)
Masakkan kesemua sagu bersama air dan pewarna merah. Biar selama 10 minit untuk sagu masak. Sejukkan sagu yang sudah dimasak dan sedia untuk dihidang. Hidangkan sagu bersama santan berlemak dan gula merah.
Bahan dan cara penyediaan Cendol:-
Ketulan ais batu
Cendol
Jagung manis Rasaku
Kacang merah tin
Gula merah (dimasak)
Santan (dimasak)
Tumbuk ketulan ais batu dengan lesung batu ataupun kisar dengan penyisar ais. Letakkan cendol, jagung manis dan kacang merah di atas ketulan ais. Tambahkan gula merah dan santan yang telah dimasak tadi. Cendol sedia dihidang untuk di nikmati pada waktu panas terik.
Jangan lupa untuk mencuba kedua-dua pencuci mulut dengan menggunakan produk Rasaku, mudah dan confirm sedap. Tag kami di Facebook dan Instagram @DESTINASI TV
#destinasitv #resepitok #rasaku #resepimuda #dapurfendi
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
resepi ayam paprik 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳貼文
MENANGI GIVEAWAY PRODUK DARI RASAKU DENGAN 3 LANGKAH MUDAH
? Langkah 1: Beli Produk Rasaku bernilai RM10
Link Shopee » https://shopee.com.my/rasakumarketingproducts
? Langkah 2: Screenshot atau ambil gambar resit sebagai bukti pembelian
? Langkah 3: Like dan DM Resit Pembelian ke Facebook Rasaku
Link Facebook » https://www.facebook.com/rasaku.my
10 orang pemenang bertuah akan dipilih dalam setiap episod.
Kembali lagi dalam episod terbaru Resepi Tok Di Dapur Fendi, yang dibawakan oleh Rasaku, Rasa Yang Ku Rindu. Dalam episod lepas, Fendi dah pun tunjuk cara-cara membuat Tomyam Masak Lemak dan juga Paprik Ayam, tak lengkap lah hidangan makan malam kita kalau tak ada sayur-sayuran. Haaa jom tengok macam mana cara mudah buat Kerabu Taugeh & Kerang tak sampai 5 minit pun!
Bahan-bahan untuk Kerabu Taugeh & Kerang:-
1/2 kilo taugeh
1 kilo kerang
3 sudu santan pekat Rasaku
1 sudu kerisik Rasaku
Garam
Gula
Bahan-bahan untuk Sambal Belacan:-
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
2 biji cili padi
5 batang kacang botol
1/2 potong belacan
Air secukupnya
*Kisar kasar dan jangan terlalu halus
Cara-cara membuat Kerabu Taugeh & Kerang:-
Bersih dan rebuskan kerang dalam 5 ke 7 minit.
Rebuskan taugeh kedalam air panas dalam 5 saat.
Potong semua kacang botong dengan potongan serong.
Potong hirisan bawang besar, cili merah dan cili padi untuk hiasan.
Cara penyediaan:-
Letakkan kacang botol, taugeh dan kerang yang sudah direbus diatas pinggan. Kemudian masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Tuangkan kesemua sambal belacan (bahan yang telah dikisar). Masukkan santan pekat rasaku dan kacau sehingga semua bahan sebati. Akhir sekali tambahkan kerisik dan hidangan Kerabu Taugeh & Kerang dah pun siap!
Jangan lupa cuba dan tag kami di Facebook atau Instagram @destinasitv. Jumpa lagi di episod seterusnya..
#destinasitv #resepitok #kerabutaugeh #resepimudah #rasaku
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
resepi ayam paprik 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
MENANGI GIVEAWAY PRODUK DARI RASAKU DENGAN 3 LANGKAH MUDAH
? Langkah 1: Beli Produk Rasaku bernilai RM10
Link Shopee » https://shopee.com.my/rasakumarketingproducts
? Langkah 2: Screenshot atau ambil gambar resit sebagai bukti pembelian
? Langkah 3: Like dan DM Resit Pembelian ke Facebook Rasaku
Link Facebook » https://www.facebook.com/rasaku.my
10 orang pemenang bertuah akan dipilih dalam setiap episod.
Selamat Datang ke Resepi Tok di Dapur Fendi, dibawakan oleh Rasaku, Rasa Yang Ku Rindu. Dalam episod kali ini, Fendi akan menunjukkan cara-cara untuk masak Paprik Ayam menggunakan Sos Tiram dan Kicap Lemak Manis dari Rasaku. Siapa yang rindu nak makan kat kedai Abe tu boleh lah mencuba resepi ini. Sangat mudah dan selamat mencuba!
Bahan-bahan untuk masakan Paprik Ayam:-
1/2 biji bawang holland
2 inci halia
1/2 lobak merah
6 potongan bunga kobis
Potongan kacang panjang
1 batang cili merah
3 batang cili padi
4 helai daun limau purut
Potongan isi ayam
1/2 pes cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
Kicap secukup rasa
Gula dan garam secukup rasa
Cara-cara penyediaan Paprik Ayam:-
Panaskan periuk bersama minyak masak
Masukkan potongan isi ayam dan goreng sehingga setengah masak
Masukkan bawang holland dan goreng bersama isi ayam
Tambah 1/2 pes cili dan 2 sudu sos tomato, kacau sehingga sebati
Kemudian masukkan potongan lobak merah
Tambah 2 sudu sos tiram dan kicap secukup rasa
Kemudian masukkan potongan bunga kobis dan hirisan halia
Masukkan sedikit air untuk mengimbangi kepekatan kuah paprik
Kemudian masukkan cili merah, cili padi dan daun limau purut.
Akhir sekali, imbangi ayam paprik dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan potongan kacang panjang dan gaul seketika
Ayam paprik sedia dihidang. Selamat mencuba!
#destinasitv #resepitok #rasaku
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
resepi ayam paprik 在 Resepi Paprik Ayam Mudah Dan Sedap (VIDEO) - Pinterest 的美食出口停車場
May 24, 2018 - Resepi Ayam Paprik Mudah Dan Sedap - Ayam Masak Paprik Simple. ... <看更多>
resepi ayam paprik 在 RASA resepi - Resepi Ayam Paprik Azie Kitchen Sedap... 的美食出口停車場
Resepi Ayam Paprik Azie Kitchen Sedap Terbaik BAHAN-BAHAN 2 ketul isi ayam bahagian dada – dipotong kecil 4 Ulas bawang merah – dihiris ... ... <看更多>